Thursday, October 28, 2010

Pendekatan P&P Seni Visual

PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

KONSTRUKTIVISME
Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan yang sedia ada untuk membina pengetahuan yang baru.Pengetahuan seni dibina secara beransur-ansur mengikut masa oleh pelajar sendiri dalam konteks social melalui interaksi idea-idea apabila maklumat baru disepadukan dengan idea yang sedia ada, dan hasilnya kesedaran atas apa yang dipelajari.

KONTRUKTIVISME DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL
Setiap orang mempunyai konsep seninya sendiri . Berdasarkan pengetahuan sedia ada, pelajar  terus membina pemahaman sendiri terhadap alam sekitar  Pembelajaran berlaku apabila pelajar menghubungkaitkan idea baru dengan idea sedia ada. Pengstrukturan  semula idea dapat ditingkatkan semula melalui strategi berfikir dan refleksi yang dirangsang oleh pengalaman. Pendekatan Kontruktivisme menjadikan pembelajaran Seni Visual bermakna dan menyeronokkan.

APLIKASI KONTRUKTIVISME

  • Pencetusan idea oleh pelajar sendiri sebelum memulakan tajuk penting. Pelajar berpeluang mencatat pengetahuan sedia ada sebelum dijalankan aktiviti melukis.
  • Pelajar menjalankan eksperimen tidak terbimbing untuk menguji sesuatu sebagai usaha untuk membina pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan sedia ada
  • Melalui projek pelajar mengadakan penyiasatan untuk menguji idea seni secara membina pengetahuan dan secara beransur-ansur membina insiatif sendiri.

INKUIRI-PENEMUAN
Pendekatan Inkuiri merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara amnya membawa maksud maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri.
Melalui aktiviti seperti eksperimen, pelajar akan mengkaji sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Guru kemudian membimbing pelajar untuk memahami konsep seni melalui hasil inkuiri.

INKUIRI-PENEMUAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL
Pelajar mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling melalui aktiviti eksperimen, projek, perbincangan, simulasi dan lawatan. Berdasarkan hasil inkuiri, pelajar menggunakan kemahiran berfikir untuk membuat kesimpulan sendiri serta menemui kajian seni dan membuat kesimpulan sendiri. Guru berperanan membimbing.

APLIKASI INKUIRI-PENEMUAN
Ø  Dengan menjalankan Eksperimen, pelajar menguji perkara yang mereka hasilkan, kemudian mencari jawapan yang telah dikaji. Melalui projek, pelajar diberi masa yang lebih panjang untuk mengkaji sesuatu. Projek bukan sahaja melibatkan aktiviti seni malah melibatkan kemahiran lain seperti nilai murni. Perbincangan merupakan kaedah yang efektif untuk mencetuskan minda demi melanjutkan proses inkuiri dan penemuan atas pengetahuan seni. Di samping itu, semangat bekerjasama dan berkongsi pengalaman ditingkatkan.

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL
Kaedah pembelajaran yang mengabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Pengikut teori, pembelajaran ini hanya akan berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan hubungkait yang bermakna dan relevan dengan persekitaran. Teori ini menggalakkan guru memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks budaya, social, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.

 PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL
Pembelajaran PSV yang bermakna harus berdasarkan konteks kegiatan dan kejadian harian. Oleh itu, persoalan seni perlu dikatkan dengan kehidupan harian pelajar secara eksplisit. Pembelajaran ini membolehkan pelajar menghayati kerelevanan pembelajaran PSV dengan kehidupan sendiri.

PEMBELAJARAN MASTERI
Pembelajaran masteri merupakan satu pendekatan yang memastikan semua pelajar menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap pelajar mampu belajar jika diberi peluang. Peluang perlu diberi kepada pelajar untuk belajar mengikut kadarnya. Untuk pelajar yang sanggup menguasai konsep dengan cepat, aktiviti pengayaan mengukuhkan lagi pengetahuannya. Untuk pelajar yang belajar pada kadar yang lebih perlahan, aktiviti pemulihan diberi untuk meningkatkan kadar pembelajaran.

PEMBELAJARAN MASTERI DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL
Pembelajaran ini, topik seharusnya ditentukan dan dibahagikan kepada unit-unit pembelajran mengikut satu hierarki. Guru bermula daripada satu unit pembelajran dan pengajran dengan menggunakan kaedah pengajaran pembelajran yang berkesan dan bahan bantu  mengajar yang sesuai.

APLIKASI PEMBELAJARAN MASTERI
  •   Pelajar menjalankan penyelidikan di pusat sumber atau melalui internet untuk mengkaji tajuk yang telah diberikan
  •    Dalam aktiviti berfikrah, pelajar menggunakan KBSB untuk mengupas idea dengan lebih mendalam hingga menguasai idea berkenaan
  •    Perbincangan menyediakan peluang kepada pelajar untuk mendalami konsep PSV hingga tahap masteri yang lebih tinggi

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT)
Dalam era maklumat ini,Teknologi Maklumat dan Komunikasi membolehkan pelajar mengakses data dan maklumat untuk memperluaskan pengetahuan dan kemahiran. Selain bahan cetak yang konvensional, media ICT yang membolehkan pemerolehan maklumat termasuk alat batu audio-visual, internet, perisian komputer dan lain-lain.

ICT DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL
  • Mod Tutorial – penggunaan ICT sebagai praktis latih tubi. Maklum balas yang serat merta untuk pembelajaran kendiri
  • Mod Penemuan – Aplikasi ICT untuk memahami sesuatu konsep, seperti pengguna perisian simulasi dan lain-lain
  • Mod Resos – Melalui internet, muat turun untuk mencari bahan
  • Mod Perhubungan – Berkomunikasi seperti e-mail
  • Mod Sokongan- Penggunaan ICT dengan perisian seperti pemproses perkataan, pereka bentuk grafik
APLIKASI PEMBELAJARAN ICT
  • Melalui projek Kolaboratif dengan menggunakan komputer
  •  Melalui penyelidikan mencari bahan melalui internet
  •  Aktiviti Berfikrah, pelajar mengkaji sesuatu bahan seni menggunakan ICT

No comments:

Post a Comment