Semua murid perlu diberi peluang mengkaji persekitaran mereka dengan menikmati keindahan alam sekitar. Murid dapat pengalaman yang sebenar dan autentik apabila mereka terlibat secara langsung dalam penyiasatan sesuatu fenomena yang berlaku di persekitaran. Sains merupakan bidang kajian tentang alam sekitar secara sistematik dan menerangkan fenomena-fenomena yang berlaku. Apabila murid mempelajari sains secara inkuiri-penemuan, murid dapat menyiasat alam sekitarnya dengan lebih bermakna kerana murid sendiri akan mencari maklumat dan memberi maknanya secara saintifik.
Pembelajaran secara inkuiri-penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip sains disiasat dan ditemui oleh murid sendiri. Sains sebagai inkuiri-penemuan mementingkan murid mempelajari kemahiran proses sains seperti pemerhatian, membuat inferens dan mengeksperimen. Guru sains mesti melibatkan murid dalam inkuiri-penemuan dengan memberi peluang kepada murid untuk menanya soalan, menerang kejadian, menguji idea sedia ada dan berkomunikasi apa yang dipelajari. National Science Teachers Association Amerika Syarikat mencirikan inkuiri-penemuan sebagai:
• Penyoalan dan penyediaan masalah yang boleh diselesaikan (Questioning and formulating solvable problems).
• Membuat refleksi dan membina pengetahuan daripada data (Reflecting on, and constructing knowledge from data).
• Berkolaborasi dan menukar maklumat untuk mencari jawapan (Collaborating and exchanging information while seeking solutions).
• Membina konsep dan perkaitan daripada data empirikal (Developing concepts and relationships from empirical data).
Secara umumnya, inkuiri-penemuan merupakan proses yang aktif terlibat dalam pemikiran sains (scientific thinking), penyiasatan dan membina pengetahuan.
Kebaikan sains sebagai inkuiri-penemuan dapat dihayati melalui kata-kata Kessen (1964) di bawah;
There is joy in the search of knowledge; there is excitement in seeing however partially, into the workings of the physical and biological world; there is intellectual power to be gained in learning the scientist's approach to the solutions of human problems. The first task and central purpose of science education is to awaken in the child, whether or not he will become a professional scientist, a sense of the joy, the excitement and the intellectual power of science.
( Kessen, 1964: 4 )
Pengajaran secara inkuiri-penemuan menjadikan sains sebagai satu mata pelajaran yang menyeronokkan kerana murid sendiri terlibat secara aktif dalam proses penyiasatan dan pencarian maklumat. Walau bagaimanapun, pelaksanaan strategi ini memerlukan kemahiran dan keupayaan guru untuk mengendalikannya. Peranan guru tidak lagi sebagai pemberi maklumat tetapi lebih kepada fasilitator pembelajaran, penanya soalan, prescriber of appropriate activities, stimulator of curiosity, pencabar idea murid dan sumber rujukan (resource person). Pembelajaran sains secara inkuiri-penemuan memerlukan guru sains yang mampu merancang soalan secara sistematik dan berfokus. Guru sains harus dilihat sebagai seorang yang berperanan sebagai penanya soalan dan pengemuka masalah, iaitu seseorang yang bertindak sebagai perangsang pembentukan idea, pengujian idea dan pembinaan konsep yang menggunakan soalan sebagai mekanisme untuk mencapai tujuan tersebut.
No comments:
Post a Comment