PENDAHULUAN
Pembelajaran merupakan suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran atau lebih dikenali sebagai kognitif dan kesan dari proses ini akan dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Di dalam proses pembelajaran pelbagai kaedah serta teori telah diutarakan bagi memastikan proses pembelajaran ini akan lebih berkesan kepada murid-murid serta para pelajar.Salah satu teori yang ditemui ialah teori konstruktif. Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) berdasarkan konstruktif ini menyeimbangkan peranan guru dan pelajar untuk saling bersandar di antara satu sama lain. Peranan guru hanya dilihat sebagai pengawal bilik darjah selain mereka seharusnya menerima murid-murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza.Melalui teori ini ia dapat membuka ruang serta peluang kepada guru untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan.
DEFINISI
Sebelum kita membincangkan masalah yang di utarakan ini,terlebih dahulu kita perlu mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan konstruktif. Konstruktif di ambil dari perkataan bahasa Inggeris ‘konstruktivisme’ yang membawa maksud falsafah membina. Di bawah konteks pembelajaran teori konstruktif menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar iaitu pengetahuan dibina melalui proses pengaruh di antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Para pelajar membina ilmu pengetahuan dengan aktif dalam merialisasikan teori ini.
Menurut Borich & Tombari (1997)-Educational Phychology,A Contemporary Approach halaman 177 menyebut “Constructivisme...an approach to learning in which learners are provided the opportunity to construct their own sense of what is being learned by building internal or relationship among the ideas and fact being taught”. Petikan ini dapat difahami sebagai pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan antara idea serta fakta yang sedang diajar atau dipelajari. Apabila kita merujuk kembali kepada persoalan yang ditimbulkan ini iaitu untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan fahaman konstruktif tidak boleh tidak dua pihak perlu diberi tumpuan iaitu murid dan guru. Setiap kumpulan ini mempunyai peranan mereka yang tersendiri bagi merealisasikan perjalanan teori ini.
PERANAN GURU
Pengamal teori konstruktif berpendapat bahawa guru adalah sebagai pengurus bilik darjah. Guru seharusnya menerima murid sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri perlakuan yang berbeza di mana setiap individu itu penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran tanpa menafikan hak mereka di dalam mengutarakan sebarang pendapat mahupun idea yang berkaitan dengan pembelajaran pada waktu itu..keadaan ini secara tidak langsung menjadi penyokong kepada minat murid dalam pembelajaran dan akan terhapusnya situasi keterasingan di kalangan pelajar dan murid-murid sendiri.Kefahaman murid terhadap fakta akan lebih berkesan dan mantap dengan mengabung jalinkan antara pengalaman sedia ada dan fakta yang sedang dibina.
Selain dari itu guru perlu mengelakan diri dari beranggapan bahawa minda murid sebagai tin kosong yang hanya cukup diisi dengan fakta dan pengetahuan baru sebaliknya mengambil kira,menilai,mengukur keterlibatan dan kefahaman mereka dalam mengembangkan maklumat yang disampaikan sewaktu proses P&P.Peranan guru sebagai pembimbing dan fasilitator juga dapat membantu dalam mengawal disiplin para pelajar dengan baik. Di dalam
menghadapi situasi di mana kewujudan murid yang enggan melibatkan diri di dalam aktiviti P&P,Golongan pendidik seharusnya lebih kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti serta mengajukan pelbagai persoalan sebagai ransangan terbaik sebagai jaminan keterlibatan aktif murid-murid dalam menemukan idea-idea terbaru.Melaui teori konstruktif ini kita tidak lagi melihat aktiviti P&P berpusatkan murid.
PERANAN MURID
Perbincangan teori konstruktif menyatakan bahawa murid sekali-kali tidak menganggap guru hanya sebagai pembekal maklumat tetapi sebagai sesuatu dari sumber pengetahuan untuk membantu mereka mencari maklumat dan peransang bagi mereka berfikir dan berkomunikasi.Ilmu baru yang terbentuk adalah berasakan kepada inisiatif diri individu dan perkongsian pandangan dikalangan mereka selain mengadaptasi setiap pengalaman yang dilalui dengan alam sekeliling sewaktu sesi P&P berjalan.Dengan wujudnya lontaran-lontaran
idea dan pengalaman murid ini secara tidak langsung berjaya memecahkan suasana ‘dingin’ di kalangan pelajar itu sendiri.
KESIMPULAN
Konstruktif adalah pendekatan yang memberi hak dan peluang untuk murid-murid belajar untuk belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-masing. Berdasarkan kepada pengalaman dan persekitaran yang sedia ada.Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin terhadap keperluan dan kehendak pelajar secara individu.walaupun begitu konstruktivisme merupakan suatu anjakan yang perlu diaplikasikan bertujuan untuk memberi peluang dan membuka ruang kepada pelajar di dalam merialisasikan dalam kehidupan seharian mereka.
No comments:
Post a Comment