Thursday, October 28, 2010

Project Based Learning

Project Based Learning (Kaedah Projek)

Kaedah Projek merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh guru. Kaedah projek berbeza dengan kebanyakan kaedah yang lain. Hal ini kerana kaedah projek memerlukan lebih daripada satu jangkamasa pelajaran kerana masa yang lebih adalah diperlukan untuk menyediakan projek-projek tersebut. Namun begitu, waktu pengajaran yang sebenar boleh digunakan untuk membincangkan projek-projek yang akan dibuat. Selain itu, masa pengajaran tersebut juga boleh digunakan oleh pelajar untuk memperlihatkan hasil yang didapati daripada projek tersebut. Walaupun begitu, istilah projek bukanlah bermaksud sesuatu aktiviti atau rancangan yang dibuat secara besar-besaran. Namun, aktiviti secara kecil-kecilan dan tidak memerlukan modal juga boleh diistilahkan sebagai projek.

Kaedah projek boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu projek pengeluaran, projek pengguna dan juga projek latih tubi. Langkah yang digunakan untuk melaksanakan kaedah projek ini juga adalah lebih teratur dan berkesan. Setiap projek mestilah mempunyai objektif tertentu. Sebagai contoh, sekiranya projek itu digunakan untuk pelajaran bahasa, pelajar harus memastikan kemahiran bahasa yang hendak ditekankan dan memastikan samaada aktiviti tersebut dapat mencapai objektif yang diharapkan. Di dalam kaedah projek, perancangan adalah penting untuk memastikan sesuatu projek tersebut menemui kejayaan. Oleh itu, guru perlu merancang masa untuk menjalankan aktiviti tersebut dengan lancar. Penglibatan pelajar juga adalah penting dalam perlaksanaan projek ini. Guru perlu memastikan semua pelajar diberi peluang mengambil bahagian dalam projek yang dijalankan. Sebaik-baiknya guru harus membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil. Projek yang telah dirancang juga perlu dilaksanakan mengikut masa yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment