Thursday, October 28, 2010

Problem Based Learning

Problem Based Learning (Kaedah Penyelesaian Masalah)

Kaedah Penyelesaian Masalah juga merupakan kaedah yang boleh diguna pakai oleh guru untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Donald C. Orlich ( 1980 ), kaedah ini merupakan satu kaedah yang bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar supaya mereka menjadi lebih produktif dan dapat bertukar-tukar fikiran dengan lebih berkesan tentang masalah yang berkaitan. Kaedah ini adalah sesuai digunakan terutamanya kepada pelajar-pelajar di peringkat menengah. Dalam kaedah ini, guru akan memberi satu atau beberapa masalah kepada pelajar dan pelajar berpeluang diberikan kebebasan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kaedah penyelesaian masalah ini juga sesuai digunakan untuk semua mata pelajaran.


          Ketika menjalankan kaedah ini, guru akan mengemukakan masalah di dalam kelas. Pelajar, sama ada secara perseorangan atau kumpulan akan diminta untuk mencari jalan atau cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu, pelajar juga boleh mengemukakan masalah-masalah mereka. Pelajar akan diberi masa untuk mencari penyelesaian, sama ada secara berbincang atau mendapatkan bahan dan idea daripada pelbagai sumber seperti perpustakaan dan temubual. Segala maklumat yang diperolehi perlu berbincang bersama untuk merangka satu penyelesaian. Kesimpulan awal yang didapati daripada penyelesaian masalah tersebut perlulah dikaji semula. Setelah menilai kesimpulan awal barulah dibuat kesimpulan yang muktamad. Kesimpulan yang muktamad ini merupakan jawapan atau jalan bagi menyelesaikan masalah yang diberi.

Seperti kaedah projek, kaedah ini memerlukan masa yang lebih lama. Masa pengajaran didalam kelas boleh digunakan oleh guru untuk mengemukakan masalah dan digunakan oleh pelajar untuk mengemukakan penyelesaian yang mereka peroleh. Bagi memastikan penggunaan kaedah ini berkesan, guru perlu memastikan bahawa bahan-bahan sumber dan rujukan mencukupi dan mudah didapati. Kaedah ini sesungguhnya memberi peluang kepada pelajar-pelajar berusaha sendiri unutk mencari ilmu pengetahuan.  Kelebihan kaedah penyelesaian masalah ini ialah pelajar memperoleh kejayaan serta dapat memberi kepuasan kepada pelajar sekiranya dapat meyelesaikan masalah tersebut. Pengetahuan yang di perolehi pelajar juga adalah kekal dan berkesan melalui kaedah ini.

No comments:

Post a Comment